MY FAMILY

Tuesday, August 10, 2010

RAMADAN AL-MUBARAK BULAN IBADAH


Kita sedang berada di awal Ramadan. Golongan mukmin menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini dengan penuh kegembiraan dan sukacita. Wajah-wajah mereka ceria kerana kerinduan yang mendalam ingin bertemu dengan “Bulan Beramal Soleh” setelah berpisah selama setahun. Mereka tidak sabar untuk mengisi hari-hari barakah ini dengan amal soleh, sama ada solat tarawih, tadarus al-Qur’an,bersedekah, berzikir, bersahur, beriktikaf, beribadat pada malam al-Qadr, qiyam al-lail, memberi makan para fakir miskin dan yang paling menyeronokkan ialah ketika mengadap juadah untuk berbuka puasa.

Namun demikian terdapat juga segolongan yang tertekan dan dirundung malang bila tibanya bulan Ramadan. mereka tidak merasakan apa-apa perbezaan antara bulan ini dengan bulan-bulan yang lain. Malah mereka berasa bimbang dan tertekan kerana terpaksa curi-curi makan dan minum pada siang hari di dalam tandas, dalam stor malah sanggup menjadi ‘pelanggan setia’ restoran non-muslim selama sebulan. Mereka ialah golongan fasiq dan alangkah malangnya golongan ini. Rahmat, keampunan dan kebebasan daripada neraka dipersia-siakan begitu sahaja. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan. Padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka sesiapa yang tidak mendapat kebaikan maka dia tidak akan mendapat kebaikan sama sekali. ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Untuk menjadikan Ramadan lebih bermakna dan bernilai di sanubari kita, alangkah baiknya jika kita mengetahui dan mengkaji bersama di antara fadilah dan keutamaan bulan ini. Keutamaan dan fadhilah Ramadan telah dijelaskan oleh Allah dan Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam Al-Qur’an dan Sunnah sebagai berikut:

BULAN AL-QURAN

Satu perkara yang sukar dilupakan oleh kaum muslimin bahawa Al-Qur’an turun di bulan Ramadan, tepatnya malam Lailatul Qadr. Allah menurunkan Al-Qur’an pada bulan suci ini kerana keutamaan yang tinggi baginya dan hikmah. Allah -Ta’ala- berfirman,

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan mengenai petunjuk itu, serta pembeda (antara yang haq dengan yang batil)”. (QS. : Al-Baqarah: 185 )

Al-Hafizh Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy-rahimahullah- berkata, “Allah -Ta’ala- memuji Bulan Puasa (Ramadan) diantara bulan-bulan lainnya dengan memilih Ramadan di antara bulan-bulan itu untuk diturunkan Al-Qur’an yang agung (di dalamnya); sebagaimana halnya Dia mengkhususkan Ramadan dengan hal itu, maka sungguh ada sebuah hadis datang (menyebutkan) bahwa Ramadan adalah bulan yang diturunkan di dalamnya Kitab-Kitab Allah kepada para nabi “. [Lihat Tafsir Ibnu Katsir (1/292)]

Sebagai penguat bagi ucapan Ibnu Katsir -rahimahullah- , Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda :

“Shuhuf Ibrahim diturunkan di malam pertama Ramadan; Taurat diturunkan pada 7 Ramadhan; Injil diturunkan pada 14 Ramadhan; Zabur diturunkan pada tanggal 19 Ramadhan; Al-Qur’an diturunkan pada 25 Ramadhan”. [HR. Ahmad dalam Al-Musnad (4/107), Abdul Ghoniy Al-Maqdisiy dalam Fadho’il Ramadan (53/1), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq (2/167/1). Di-hasan-kan oleh Al-Albaniy dalam Shohih As-Siroh (hal.90)]

BULAN PENGAMPUNAN DOSA

Setiap mukmin amat mengharapkan dosa-dosanya diampunkan oleh Allah kerana ia tahu bahawa hisab di hari akhirat amat dahsyat. Dengan kehadiran Ramadan, kesempatan besar untuk bertaubat, dan mendapatkan keampunan sangat luas. Amat celakalah seorang yang memasuki Ramadan, tapi ia enggan bertaubat dan beramal soleh yang akan menjadi sebab dosanya diampunkan.

Abu Hurairah -radhiyallahu ‘anhu- berkata,

“Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- naik ke atas mimbar seraya bersabda :
“Amiin…amiin…amiin”. Beliau ditanya, “Wahai Rasulullah, engkau tidak pernah melakukan seperti ini”. Beliau menjawab, “Jibril -alaihis salam- berkata kepadaku, “Semoga kecelakaan bagi seorang hamba yang didatangi oleh bulan Ramadan, namun tidak diberi keampunan”, maka saya pun berkata, “Amiin”. [HR. Ibnu Khuzaimah dalam Shohih-nya (3/192), Ahmad dalam Al-Musnad (2/246 & 254), dan Al-Baihaqiy dalam As-Sunan (4/204). Di-shohih-kan oleh Al-Albaniy dalam Shohih Al-Adab Al-Mufrod (646)]

Oleh itu seorang yang ingin diampuni dosanya harus menutupi dosanya dengan amal soleh di bulan suci ini, seperti membaca Al-Qur’an, mendengarkan ceramah, puasa, dan solat tarawih dan cuba mengelakkan diri daripada menghabiskan waktu dengan perkara yang sia-sia apalagi haram seperti berjudi, mengumpat, berdusta, mencuri, berzina dan seumpamanya.

Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu” . [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (1802), dan Muslim dalam Shohih-nya (175)

Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hanbaliy-rahimahullah- berkata, "Jika bulan Ramadan telah sempurna, maka sungguh puasa, dan solat malam telah lengkap bagi orang beriman. Maka terjadilah baginya pengampunan dosanya yang lampau dengan sempurnanya dua sebab tersebut iaitu puasa dan solat malamnya". [Lihat Latho’if Al-Ma’arif (hal.232)]

BULAN PENGABULAN DO’A & PEMBEBASAN DARI SEKSA NERAKA

Allah sebagai Pemberi Nikmat kepada hamba-Nya yang beriman telah menyiapkan waktu mustajab untuk berdo’a.

Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

إِ“Sesungguhnya Allah pada setiap hari dan malam di bulan Ramadan memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka; sesungguhnya setiap muslim memiliki do’a yang ia berdo’a dengannya,lantaran itu do’anya dikabulkan”. [HR. Al-Bazzar dalam Al-Musnad (3142), dan Ahmad dalam Al-Musnad (2/254). Syaikh Ali bin Hasan Al-Atsariy men-shohih-kan hadis ini dalam Shifah Ash-Shoum (hal.24)]

Marilah kita memanfaatkan kesempatan ini dalam memperbanyak do’a dan bermunajat kepada Allah Yang Maha Mendengar sepanjang bulan Ramadan. Semoga setitik air mata penyesalan, dan takut akan menyelamatkan dirimu dari siksaan neraka sebagaimana yang dijanjikan oleh Nabimu -Shollallahu ‘alaihi wasallam.

SYAITAN-SYAITAN DAN JIN DIRANTAI, PINTU SURGA DIBUKA DAN PINTU NERAKA DIKUNCI

Sungguh mulia dan sucinya bulan Ramadan. Allah mengikat para syaitan dan jin yang durhaka, pintu-pintu surga dibuka, dan neraka ditutup.

Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

“Jika malam pertama Ramadan datang, maka syaitan-syaitan, dan jin-jin durhaka dibelenggu; pintu-pintu neraka ditutup. Maka tak ada satu pintu(nya) pun yang terbuka; pintu-pintu surga dibuka. Maka tak ada suatu pintu pun yang ditutup; Seorang pemanggil memanggil,”Wahai pencari kebaikan, menghadaplah; wahai pencari kejahatan, berhentilah”. Allah memiliki hamba-hamba yang dimerdekakan dari neraka. Demikian itu pada setiap malam”. [HR. At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (682), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (1642). Hadis ini di-shohih-kan oleh Al-Albaniy dalam Takhrij Al-Misykah (1960) ]

Al-Hafizh Ibnu Abdil Barr Al-Andalusiy-rahimahullah- berkata dalam At-Tamhid (7/310), “Makna hadis ini menurut saya –Cuma Allah yang lebih tahu-: Allah melindungi kaum muslimin padanya atau dapat mengawal diri daripada maksiat-maksiat. Jadi, syaitan tidak akan bebas datang kepada mereka sebagaimana mereka bebas datang di sepanjang tahun”.

Ingat !! Namun kalian jangan menyangka bahwa syaitan ketika itu tak akan menggoda dirimu. Ketahuilah, ia akan tetap menggodamu, walaupun tidak sehebat pada bulan lain. Isilah hari-harimu dengan ketaatan, jangan mendekati jalan-jalan kemaksiatan sehingga engkau akan selamat darinya. Didiklah dirimu di bulan ini menjadi hamba yang taat, bukan hamba yang durhaka. Jika tidak, maka engkau akan menjadi bahan bakar Jahannam. Na’udzu billah minannar.

TERDAPAT SATU MALAM LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN

Di antara keistimewaan umat Islam dibandingkan umat-umat terdahulu, “sedikit amal, banyak pahala”. Dahulu mereka melaksanakan sholat dan puasa dengan aturan yang berat, tapi pahala sedikit. Adapun umat Islam, diberikan kemudahan waktu, dan tempat untuk melipatgandakan amalan ringan, seperti dalam surat ini:

Allah -Ta’ala- berfirman,

إِ“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukan kamu apa malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dibandingkan seribu bulan. Pada malam itu, para malaikat, dan Jibril turun dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (QS. Al-Qadr: 1-5)

Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

“Allah memiliki di bulan Ramadan suatu malam yang lebih baik dibandingkan 1000 bulan. Barang siapa yang dihalangi (dari kebaikannya), maka ia akan dihalangi (dari kebaikan)”. [HR. An-Nasa’iy dalam Al-Mujtaba (2106), dan Ahmad dalam Al-Musnad (7148). Hadis ini di-shohih-kan oleh Al-Albaniy dalam Shohih At-Targhib (999)]

Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

“Barang siapa yang b angun (sholat malam) kerana beriman dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu” . [HR. Al-Bukhari dalam Sahih-nya (1802), dan Muslim dalam Sahih-nya (175)]

UMRAH RAMADAN MENYAMAI HAJI BERSAMA NABI -SHOLLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM-
Keutamaan umrah seperti ini banyak dilalaikan dan tidak diketahui oleh mayoritas kaum muslimin. Padahal Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

“Sesungguhnya umrah di bulan Ramadan menyamai haji bersamaku”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (1764), Muslim dalam Shohih-nya (1256) Abu Dawud dalam As-Sunan (1988) At-Tirmidziy dalam As-Sunan (939), Ibnu Majah dalam As-Sunan (2991). Lihat Shohih Al-Jami’ (7547) karya Al-Albaniy]

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqolaniy-rahimahullah- berkata,”Ibnul Arabiy berkata, “Hadis tentang umrah ini adalah hadis shohih. Itu merupakan keutamaan dan nikmat dari Allah. Umrah dapat mencapai derajat haji kerana bersatunya Ramadan dengan umrah”. Ibnul Jauziy berkata, “Dalam hadis ini terdapat keterangan bahwa pahala amal bertambah kerana kelebihan mulianya waktu sebagaimana ia bertambah dengan kehadiran hati (khusyu’), dan kesucian niat”. [Lihat Fathul Bari (3/604)]

Dengan ringkasan keutamaan Ramadan ini mudah-mudahan ia penjadi pendorong untuk kita melaksanakan puasa Ramadan pada tahun ini dengan sebaik mungkin. Boleh jadi inilah Ramadan yang terakhir untuk kita. Ramadan tahun depan belum pasti menemui kita sekiranya malakul maut lebih awal menjemput kita.

Al-Fikrah..

Tuesday, May 25, 2010

JAGA KESIHATAN SATU TUNTUTAN

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Terdapat banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan sama ada dari segi sains mahupun yang diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita cara-cara menjaga kesihatan spt membuat amalan berikut:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti apabila para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada menyebut tentang larangan kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti apabila saintis telah menjumpai ion (+) dalam badan ayam manakala badan ikan pula mengandungi ion (-). Jika kita makan daging ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadilah tindakbalas biokimia yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

JAGA PEMAKANAN

1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Jangan makan daging proses: Hotdog, burger, bebola daging...
3. Jangan makan sayuran dalam tin.
4. Elakkan makanan bergoreng, kulit ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok...
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, roti canai...

Sunday, December 6, 2009

AKU WANITA


~Wahai Wanita~
Ketahui lah anda adalah contoh kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah contoh kepada kerosakan & kemusnahan.

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. Kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada Tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. Maka diciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & barulah segala kenikmatan syurga disekeliling baginda terasa wujud...


Tanpa permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja,

Tanpa isteri siapakah lelaki yang digelar suami,

Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.


Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . Segalanya bergantung kepada agamanya..

Renunglah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaimana semestinya.

Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat Islam seluruhnya.

Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.

Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.

Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.

Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...

Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..
Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. dan Nabi Lut A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran,

Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah R.A. & mengunyah lumat hatinya,

Seorang wanita juga tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W.

Dalam sejarah manusia sejagat ramai wanita yang menjadi pendorong kepada keimanan, ketaqwaan dan kebaikan. Terdapat ramai juga wanita menjadi pendorong kepada kekufuran, kemaksiatan dan kejahatan.

Oleh itu, Ya Allah..Aku Memohon KepadaMu Agar Engkau Jadikanlah Aku Wanita Yang Solehah.

SENAM RINGKAS DAN MUDAH

Ketekunan, Keazaman Serta Disiplin Penting Jika Anda Mahukan Bentuk Tubuh Menarik

SESETENGAH wanita menghadapi masalah menurunkan berat badan selepas melahirkan anak. Masalah perut buncit dan punggung yang kembang menyebabkan wanita selepas bersalin hilang keyakinan untuk kekal bergaya.

Ketiadaan masa untuk bersenam akibat kesibukan kerja sering kali menyebabkan wanita sukar mendapatkan bentuk tubuh asal.


Pakar Senaman Profesional dari Pusat Kecergasan Jazzercise, Christina Yap memberikan beberapa tip senaman ringkas yang boleh di buat di rumah dan tidak memerlukan masa membabitkan bahagian punggung dan perut.

Katanya, senaman ringkas berkenaan hanya menumpukan kepada bahagian punggung dan perut tanpa memerlukan kerja keras.

“Punggung dan perut buncit adalah otot senang untuk mengembang tetapi paling sukar untuk dikembalikan kepada bentuk asal terutama di kalangan wanita yang baru melahirkan anak.

“Selain melakukan senaman ringkas, ketekunan dan keazaman serta disiplin perlu ada jika tidak usaha mendapatkan bentuk asal tubuh tidak akan berjaya.

“Apa yang penting, senaman perlu dilakukan dengan betul mengikut peraturan ditetapkan. Jika peraturan dan disiplinnya tidak diikuti, hasilnya akan mengecewakan dan menyebabkan wanita terus malas bersenam,” katanya.

Beliau berkata, ada ramai wanita yang mendapatkan tip senaman daripada pelbagai media tetapi mereka tidak mengikut peraturan dan langkah yang di buat.

“Misalnya, untuk membuat tekan tubi (push up), kita beri arahan supaya tangan di bengkokkan dan kepala turun selari dengan tapak tangan, tetapi mereka yang bersenam membuat sebaliknya, mereka bengkokkan tangan tetapi kepala diturunkan tidak selari dengan tapak tangan menyebabkan mereka terpaksa kerja kuat untuk buat senaman itu.

“Apabila itu terjadi, mereka menyatakan senaman berkenaan susah dan enggan meneruskannya. Ini menyebabkan ramai yang bersenam sekerat jalan dan usaha menurunkan berat badan atau mendapat bentuk punggung dan perut ke bentuk asal sukar dicapai,” katanya.

Beliau menjelaskan mengikut arahan yang betul bukan hanya menyebabkan hasil yang diingini tercapai tetapi turut mengurangkan kecederaan ketika bersenam.

Tips Senaman

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas Pusat Kecergasan Jazzercise, Judi Sheppard Missett menyenaraikan beberapa senaman ringkas yang sesuai untuk mereka selalu sibuk.

Anda hanya memerlukan 10 minit tiga kali sehari untuk bersenam berbanding regim biasa senaman 30 minit. Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi kerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari dan 10 minit sebelum pulang ke rumah. Jika di rumah senaman berkenaan boleh dilakukan ketika anda menonton rancangan kegemaran di televisyen.

Antara gerakan senaman itu ialah:

1. Turun naik tangga - elak guna lif di tempat kerja.

2. Lebihkan berjalan - Letakkan kereta jauh dari tempat beli-belah supaya dapat bersenam menggunakan kaki.

3. Gunakan alat senaman pemberat dumbbell - simpan sepasang di pejabat atau laci di dapur. Sementara menunggu faks atau kertas dicetak atau jika di rumah ketika anda menunggu sup masak, anda boleh lakukan senaman ringkas menggunakan dumbbell. Senaman ringkas ini sesuai untuk menguatkan otot tangan dan membuang lemak di lengan.

So...Lu Pikir La Sendiri..

TIPS MENJAGA KESIHATAN DIRI

Mengamalkan Pemakanan Yang Sihat

Memakan makanan yang berbagai jenis seperti memilih makanan dari kumpulan bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kurangkan memakan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi - elakkan memakan makanan yang digoreng, pilihlah makanan yang kurang berlemak.

Kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda
- elakkan meminum minuman ringan, kordial, biskut, kek, makan pencuci mulut dan jem.
- makan mengikut peringkat umur dan tahap aktiviti anda.

Tambahkan makanan serat


Amalkan Cara Bersenam Yang Baik

- Ikut Formula FIT

F - Frekuensi (kekerapan) - Anda digalakan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan laju, joging, berbasikal, berenang, senamrobik atau bermain badminton

I - Intensiti atau sejauh mana tahap keupayaan anda untuk bersenam. Sekiranya anda mengalami sesak nafas semasa bersenam, ini bermakna anda melakukan senaman melebihi had keupayaan badan anda. Mulakanlah senaman anda dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri.

T - Tempoh masa atau lama masa yang anda perlu peruntukkan untuk bersenam. Luangkan masa selama 15-20 minit untuk bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Selamat Mencuba.

Friday, December 4, 2009

HAPPY WEDDING ANNIVERSARY


Ewah...ewah..potong kek nampak...Jalinan kasih sayang yang disertai dengan kejujuran dan keikhlasan, InsyaAllah takkan terlerai. Gedebuk gedebak-gedebuk gedebak... tahu-tahu dah sambut Ulangtahun Perkahwinan kali ke 14. Mudah-mudahan ikatan perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.