MY FAMILY

Sunday, December 6, 2009

AKU WANITA


~Wahai Wanita~
Ketahui lah anda adalah contoh kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah contoh kepada kerosakan & kemusnahan.

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. Kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada Tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. Maka diciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & barulah segala kenikmatan syurga disekeliling baginda terasa wujud...


Tanpa permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja,

Tanpa isteri siapakah lelaki yang digelar suami,

Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.


Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . Segalanya bergantung kepada agamanya..

Renunglah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaimana semestinya.

Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat Islam seluruhnya.

Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.

Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.

Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.

Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...

Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..
Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. dan Nabi Lut A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran,

Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah R.A. & mengunyah lumat hatinya,

Seorang wanita juga tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W.

Dalam sejarah manusia sejagat ramai wanita yang menjadi pendorong kepada keimanan, ketaqwaan dan kebaikan. Terdapat ramai juga wanita menjadi pendorong kepada kekufuran, kemaksiatan dan kejahatan.

Oleh itu, Ya Allah..Aku Memohon KepadaMu Agar Engkau Jadikanlah Aku Wanita Yang Solehah.

SENAM RINGKAS DAN MUDAH

Ketekunan, Keazaman Serta Disiplin Penting Jika Anda Mahukan Bentuk Tubuh Menarik

SESETENGAH wanita menghadapi masalah menurunkan berat badan selepas melahirkan anak. Masalah perut buncit dan punggung yang kembang menyebabkan wanita selepas bersalin hilang keyakinan untuk kekal bergaya.

Ketiadaan masa untuk bersenam akibat kesibukan kerja sering kali menyebabkan wanita sukar mendapatkan bentuk tubuh asal.


Pakar Senaman Profesional dari Pusat Kecergasan Jazzercise, Christina Yap memberikan beberapa tip senaman ringkas yang boleh di buat di rumah dan tidak memerlukan masa membabitkan bahagian punggung dan perut.

Katanya, senaman ringkas berkenaan hanya menumpukan kepada bahagian punggung dan perut tanpa memerlukan kerja keras.

“Punggung dan perut buncit adalah otot senang untuk mengembang tetapi paling sukar untuk dikembalikan kepada bentuk asal terutama di kalangan wanita yang baru melahirkan anak.

“Selain melakukan senaman ringkas, ketekunan dan keazaman serta disiplin perlu ada jika tidak usaha mendapatkan bentuk asal tubuh tidak akan berjaya.

“Apa yang penting, senaman perlu dilakukan dengan betul mengikut peraturan ditetapkan. Jika peraturan dan disiplinnya tidak diikuti, hasilnya akan mengecewakan dan menyebabkan wanita terus malas bersenam,” katanya.

Beliau berkata, ada ramai wanita yang mendapatkan tip senaman daripada pelbagai media tetapi mereka tidak mengikut peraturan dan langkah yang di buat.

“Misalnya, untuk membuat tekan tubi (push up), kita beri arahan supaya tangan di bengkokkan dan kepala turun selari dengan tapak tangan, tetapi mereka yang bersenam membuat sebaliknya, mereka bengkokkan tangan tetapi kepala diturunkan tidak selari dengan tapak tangan menyebabkan mereka terpaksa kerja kuat untuk buat senaman itu.

“Apabila itu terjadi, mereka menyatakan senaman berkenaan susah dan enggan meneruskannya. Ini menyebabkan ramai yang bersenam sekerat jalan dan usaha menurunkan berat badan atau mendapat bentuk punggung dan perut ke bentuk asal sukar dicapai,” katanya.

Beliau menjelaskan mengikut arahan yang betul bukan hanya menyebabkan hasil yang diingini tercapai tetapi turut mengurangkan kecederaan ketika bersenam.

Tips Senaman

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas Pusat Kecergasan Jazzercise, Judi Sheppard Missett menyenaraikan beberapa senaman ringkas yang sesuai untuk mereka selalu sibuk.

Anda hanya memerlukan 10 minit tiga kali sehari untuk bersenam berbanding regim biasa senaman 30 minit. Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi kerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari dan 10 minit sebelum pulang ke rumah. Jika di rumah senaman berkenaan boleh dilakukan ketika anda menonton rancangan kegemaran di televisyen.

Antara gerakan senaman itu ialah:

1. Turun naik tangga - elak guna lif di tempat kerja.

2. Lebihkan berjalan - Letakkan kereta jauh dari tempat beli-belah supaya dapat bersenam menggunakan kaki.

3. Gunakan alat senaman pemberat dumbbell - simpan sepasang di pejabat atau laci di dapur. Sementara menunggu faks atau kertas dicetak atau jika di rumah ketika anda menunggu sup masak, anda boleh lakukan senaman ringkas menggunakan dumbbell. Senaman ringkas ini sesuai untuk menguatkan otot tangan dan membuang lemak di lengan.

So...Lu Pikir La Sendiri..

TIPS MENJAGA KESIHATAN DIRI

Mengamalkan Pemakanan Yang Sihat

Memakan makanan yang berbagai jenis seperti memilih makanan dari kumpulan bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kurangkan memakan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi - elakkan memakan makanan yang digoreng, pilihlah makanan yang kurang berlemak.

Kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda
- elakkan meminum minuman ringan, kordial, biskut, kek, makan pencuci mulut dan jem.
- makan mengikut peringkat umur dan tahap aktiviti anda.

Tambahkan makanan serat


Amalkan Cara Bersenam Yang Baik

- Ikut Formula FIT

F - Frekuensi (kekerapan) - Anda digalakan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan laju, joging, berbasikal, berenang, senamrobik atau bermain badminton

I - Intensiti atau sejauh mana tahap keupayaan anda untuk bersenam. Sekiranya anda mengalami sesak nafas semasa bersenam, ini bermakna anda melakukan senaman melebihi had keupayaan badan anda. Mulakanlah senaman anda dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri.

T - Tempoh masa atau lama masa yang anda perlu peruntukkan untuk bersenam. Luangkan masa selama 15-20 minit untuk bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Selamat Mencuba.

Friday, December 4, 2009

HAPPY WEDDING ANNIVERSARY


Ewah...ewah..potong kek nampak...Jalinan kasih sayang yang disertai dengan kejujuran dan keikhlasan, InsyaAllah takkan terlerai. Gedebuk gedebak-gedebuk gedebak... tahu-tahu dah sambut Ulangtahun Perkahwinan kali ke 14. Mudah-mudahan ikatan perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Sunday, August 23, 2009

RAMADAN YANG KURINDUI


Ramadhan yang kurindui kembali lagi…. Alhamdulillah… Syukur kerana Allah masih lagi memberi kesempatan dan peluang kepadaku untuk memperbaiki diri ini… Selain ibadah puasa, aku akan cuba tingkatkan amalan dengan solat terawih, bertadarrus al-Quran, berzikir dan banyakkan bersedekah di bulan yang termulia ini. Marilah kita mencari LAILATUL QADAR yang Allah janjikan ganjaran pahala menyamai 1000 bulan. Masa tidak akan menunggu kita. Ingatlah..yang pergi takkan kembali lagi..hanya amalan dan taqwa jadi bekalan kita.. di SANA...

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang beribadah di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan perhitungan, diampuni oleh Allah apa-apa yang terdahulu daripada dosa-dosanya (dosa kecil)"

Dari Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. ditanya orang:
"Ya Rasulullah! Manakah sedekah yang lebih utama?" Baginda s.a.w. menjawab: "Sedekah di bulan Ramadan."

"SELAMAT BERIBADAH DI BULAN RAMADAN AL-MUBARAK"

Bagi yang masih tak ingat niat puasa...Boleh la hafal niat ni..

Lafaz Niat Puasa Sebulan :

"Nawaitu Sauma Shahri Ramadhana Kullihi Lillahi Ta’ala"
نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالى
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala.

Lafaz Niat Puasa :

"Nawaitu Sauma Ghadin An Adaa..i Fardi Shahri Ramadhana Hazihis Sanati Lillahi Taala"
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Friday, June 26, 2009

PUASA SUNAT REJAB



Pejam celik..pejam celik..(jgn pejam tak celik2 udah ler..he3..) Tau-tau dah pun masuk bulan Rejab. So, me & my wife pun posa la pada 1 Rejab yg lalu...ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Seronok gak pasai dh lamer tak posa nih. Jadi..pada sesiapa yg nk tingkatkan amal soleh.. meh le kita brposa sunat pada bulan Rejab yg mulia ni. Sekurang2nya dpt 1 hari pun jd lah. Juga banyakkan berzikir, baca Quran dan bersedekah. Moga2 segala amalan kita diterima oleh Yang Maha Kuasa. Jgn dipersiakan usia kita selagi hayat masih ada..Rebutlah segala pahala yg ditawarkan oleh Allah s.w.t...
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan
umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat
melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya..

Thursday, June 25, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO HASIF, SYAFIQA & FARIS

Happy Birthday Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Ayah dan Umi ucapkan Selamat Hari Lahir kepada anak-anak bertiga... Semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan dan ketaatan, dilimpahkan rahmat, dimurahkan rezeki dan mendapat kejayaan cemerlang dalam setiap lapangan. Susunannya mengikut tarikh jadi begini ler...

1. 1 Jun 2009 -> Hasif anak bongsuku menyambut harijadinya yang ke-8 tahun
2. 25 Jun 2009 -> Syafiqa anak sulungku pula dah masuk 13 tahun
3. 4 Julai 2009 -> Faris anakku yang tengah akan berusia genap 11 tahun

So, let's us sing together for them...
..Happy Birthday To You.. Happy Birthday To You... Happy Birthday To Syafiqa, Faris and Hasif...Happy Birthday To You All....

Tuesday, June 16, 2009

SABAR MENGHADAPI UJIAN ALLAH

Allah akan menguji kita dengan pelbagai bencana atau musibah. Ketika itu, bersabarlah dan ucapkan "Innalillah..."

Firman Allah Ta'ala:
" Dan sungguh akan Kami(Allah) berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah:155-157).

Kenapa kita diuji olehNya dan apakah faedahnya? Mengapakah dikatakan setiap ujian itu ada hikmahnya? Perkara ini mudah untuk mendapatkan jawapannya sekiranya hati kita mempunyai sifat REDHA. Inilah penawar bagi penyakit yang menyerang insan-insan yang sedang diuji. Pertama sekali fahamilah apakah yang dikatakan dengan ujian...Allah melimpahkan ujian itu datangnya dari 2 keadaan. Sama ada ujian berbentuk kesusahan atau kesenangan....dan yang paling kerap berlaku pada kita adalah ujian berbentuk kesusahan kerana sesungguhnya yang lebih berat antara keduanya adalah ujian di masa kita diberikan kesenangan...dan Allah S.W.T Maha Penyayang memberikan ujian yang paling ringan pada kita. Ujian itu dilimpahkan untuk memberi kita peluang menambah saham pahala. Bila kita ditimpa sesuatu masalah kita akan bersabar dan cuba menanganinya dengan jalan redha dan mengingati Allah sebagai sumber kekuatan. Kita tidak akan putus dengan usaha dan berdoa supaya Allah memberkati kita dan mempermudahkan segala urusan kita. Maka dengan itu kita tidak akan lupa dan sentiasa berada di tali Allah. Bukankah itu suatu hikmah...Bukankah itu sebagai pembantu untuk kita meraih sebanyak mungkin pahala di bumi Allah ini selagi usia dikandung badan. Sedarlah kita sesungguhnya ujian itu tidak lain memberikan kita inspirasi untuk menjadi seorang yang kuat dan yakin...di samping menjadikan kita hamba yang taat dan dicintai Allah. Dan berpeganglah kepada ayat ini...walau apa pun yang berlaku bukan atas kehendak kita atau yang dinamakan takdir, maka sebenarnya ALLAH SEDANG MENGATUR YANG TERBAIK UNTUK KITA...Allah Maha Penyayang dan Allah tidak akan membiarkan hambaNya dalam kesusahan dan keperitan tanpa sebab.S esungguhnya Dialah yang menciptakan kita maka Dia jualah yang lebih mengetahui yang terbaik untuk kita....Oleh itu, bersabarlah ketika menghadapi ujian Allah S.W.T. Semoga kita menjadi hamba yang Mukminin, Muttaqin dan Muslihin.

Tuesday, June 9, 2009

ME & MY WIFE


Inilah dia isteriku tercinta. Sumber inspirasiku. Siapalah aku tanpamu di sisi. Alamak...terjiwang ler pulak..he3.. Seorang yang penyayang,caring dan sentiasa positif thinking. Masih belajar untuk meningkatkan taraf profesionalisma dalam profesion. Abang doakan semoga dirimu mendapat kejayaan yang cemerlang.

Wednesday, May 20, 2009

BUAH HATI AYAH DAN UMI


SYABAS DAN TAHNIAH. Kejayaan tidak akan kekal menjadi milik kita jika kita tidak berusaha gigih untuk mengekalkannya.

ANUGERAH CEMERLANG 2009


Tahniah buat anak-anakku yang cemerlang dalam pelajaran mereka. Ayah dan Umi amat berbangga dengan pencapaian kalian bertiga. Teruskan usaha gigih, semoga lebih berjaya di masa hadapan. Ingatlah bahawa ...tiada kejayaan tanpa usaha yang berterusan.