MY FAMILY

Sunday, December 6, 2009

AKU WANITA


~Wahai Wanita~
Ketahui lah anda adalah contoh kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah contoh kepada kerosakan & kemusnahan.

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. Kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada Tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. Maka diciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & barulah segala kenikmatan syurga disekeliling baginda terasa wujud...


Tanpa permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja,

Tanpa isteri siapakah lelaki yang digelar suami,

Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.


Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . Segalanya bergantung kepada agamanya..

Renunglah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaimana semestinya.

Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat Islam seluruhnya.

Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.

Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.

Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.

Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...

Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..
Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. dan Nabi Lut A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran,

Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah R.A. & mengunyah lumat hatinya,

Seorang wanita juga tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W.

Dalam sejarah manusia sejagat ramai wanita yang menjadi pendorong kepada keimanan, ketaqwaan dan kebaikan. Terdapat ramai juga wanita menjadi pendorong kepada kekufuran, kemaksiatan dan kejahatan.

Oleh itu, Ya Allah..Aku Memohon KepadaMu Agar Engkau Jadikanlah Aku Wanita Yang Solehah.

SENAM RINGKAS DAN MUDAH

Ketekunan, Keazaman Serta Disiplin Penting Jika Anda Mahukan Bentuk Tubuh Menarik

SESETENGAH wanita menghadapi masalah menurunkan berat badan selepas melahirkan anak. Masalah perut buncit dan punggung yang kembang menyebabkan wanita selepas bersalin hilang keyakinan untuk kekal bergaya.

Ketiadaan masa untuk bersenam akibat kesibukan kerja sering kali menyebabkan wanita sukar mendapatkan bentuk tubuh asal.


Pakar Senaman Profesional dari Pusat Kecergasan Jazzercise, Christina Yap memberikan beberapa tip senaman ringkas yang boleh di buat di rumah dan tidak memerlukan masa membabitkan bahagian punggung dan perut.

Katanya, senaman ringkas berkenaan hanya menumpukan kepada bahagian punggung dan perut tanpa memerlukan kerja keras.

“Punggung dan perut buncit adalah otot senang untuk mengembang tetapi paling sukar untuk dikembalikan kepada bentuk asal terutama di kalangan wanita yang baru melahirkan anak.

“Selain melakukan senaman ringkas, ketekunan dan keazaman serta disiplin perlu ada jika tidak usaha mendapatkan bentuk asal tubuh tidak akan berjaya.

“Apa yang penting, senaman perlu dilakukan dengan betul mengikut peraturan ditetapkan. Jika peraturan dan disiplinnya tidak diikuti, hasilnya akan mengecewakan dan menyebabkan wanita terus malas bersenam,” katanya.

Beliau berkata, ada ramai wanita yang mendapatkan tip senaman daripada pelbagai media tetapi mereka tidak mengikut peraturan dan langkah yang di buat.

“Misalnya, untuk membuat tekan tubi (push up), kita beri arahan supaya tangan di bengkokkan dan kepala turun selari dengan tapak tangan, tetapi mereka yang bersenam membuat sebaliknya, mereka bengkokkan tangan tetapi kepala diturunkan tidak selari dengan tapak tangan menyebabkan mereka terpaksa kerja kuat untuk buat senaman itu.

“Apabila itu terjadi, mereka menyatakan senaman berkenaan susah dan enggan meneruskannya. Ini menyebabkan ramai yang bersenam sekerat jalan dan usaha menurunkan berat badan atau mendapat bentuk punggung dan perut ke bentuk asal sukar dicapai,” katanya.

Beliau menjelaskan mengikut arahan yang betul bukan hanya menyebabkan hasil yang diingini tercapai tetapi turut mengurangkan kecederaan ketika bersenam.

Tips Senaman

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas Pusat Kecergasan Jazzercise, Judi Sheppard Missett menyenaraikan beberapa senaman ringkas yang sesuai untuk mereka selalu sibuk.

Anda hanya memerlukan 10 minit tiga kali sehari untuk bersenam berbanding regim biasa senaman 30 minit. Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi kerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari dan 10 minit sebelum pulang ke rumah. Jika di rumah senaman berkenaan boleh dilakukan ketika anda menonton rancangan kegemaran di televisyen.

Antara gerakan senaman itu ialah:

1. Turun naik tangga - elak guna lif di tempat kerja.

2. Lebihkan berjalan - Letakkan kereta jauh dari tempat beli-belah supaya dapat bersenam menggunakan kaki.

3. Gunakan alat senaman pemberat dumbbell - simpan sepasang di pejabat atau laci di dapur. Sementara menunggu faks atau kertas dicetak atau jika di rumah ketika anda menunggu sup masak, anda boleh lakukan senaman ringkas menggunakan dumbbell. Senaman ringkas ini sesuai untuk menguatkan otot tangan dan membuang lemak di lengan.

So...Lu Pikir La Sendiri..

TIPS MENJAGA KESIHATAN DIRI

Mengamalkan Pemakanan Yang Sihat

Memakan makanan yang berbagai jenis seperti memilih makanan dari kumpulan bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kurangkan memakan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi - elakkan memakan makanan yang digoreng, pilihlah makanan yang kurang berlemak.

Kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda
- elakkan meminum minuman ringan, kordial, biskut, kek, makan pencuci mulut dan jem.
- makan mengikut peringkat umur dan tahap aktiviti anda.

Tambahkan makanan serat


Amalkan Cara Bersenam Yang Baik

- Ikut Formula FIT

F - Frekuensi (kekerapan) - Anda digalakan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan laju, joging, berbasikal, berenang, senamrobik atau bermain badminton

I - Intensiti atau sejauh mana tahap keupayaan anda untuk bersenam. Sekiranya anda mengalami sesak nafas semasa bersenam, ini bermakna anda melakukan senaman melebihi had keupayaan badan anda. Mulakanlah senaman anda dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri.

T - Tempoh masa atau lama masa yang anda perlu peruntukkan untuk bersenam. Luangkan masa selama 15-20 minit untuk bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Selamat Mencuba.

Friday, December 4, 2009

HAPPY WEDDING ANNIVERSARY


Ewah...ewah..potong kek nampak...Jalinan kasih sayang yang disertai dengan kejujuran dan keikhlasan, InsyaAllah takkan terlerai. Gedebuk gedebak-gedebuk gedebak... tahu-tahu dah sambut Ulangtahun Perkahwinan kali ke 14. Mudah-mudahan ikatan perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.