MY FAMILY

Sunday, December 6, 2009

AKU WANITA


~Wahai Wanita~
Ketahui lah anda adalah contoh kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah contoh kepada kerosakan & kemusnahan.

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. Kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada Tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. Maka diciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & barulah segala kenikmatan syurga disekeliling baginda terasa wujud...


Tanpa permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja,

Tanpa isteri siapakah lelaki yang digelar suami,

Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.


Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . Segalanya bergantung kepada agamanya..

Renunglah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaimana semestinya.

Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat Islam seluruhnya.

Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.

Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.

Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.

Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...

Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..
Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. dan Nabi Lut A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran,

Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah R.A. & mengunyah lumat hatinya,

Seorang wanita juga tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W.

Dalam sejarah manusia sejagat ramai wanita yang menjadi pendorong kepada keimanan, ketaqwaan dan kebaikan. Terdapat ramai juga wanita menjadi pendorong kepada kekufuran, kemaksiatan dan kejahatan.

Oleh itu, Ya Allah..Aku Memohon KepadaMu Agar Engkau Jadikanlah Aku Wanita Yang Solehah.

1 comment:

  1. entry yg sangat bgos~~
    tapi pak cik jgn laa buat mcm ney!!!
    knape gamba nisa kat situ!!~
    tolongla pak cik!!
    aaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~
    HAHAHHAHAHA~~
    -anisa-

    ReplyDelete